top of page
03b.jpg

Katakan YA kepada
Jalan Sekolah Lebih Selamat di Malaysia

30kmh.png
Mengurangkan had laju di zon sekolah kepada 30km/j boleh mengurangkan kemalangan dan kematian dengan ketara. Jalan lebih selamat yang boleh melindungi anak-anak kami, dan membina kejiranan yang harmoni boleh dilaksanakan sekarang.

Rangkaian Jalan Sekolah Selamat adalah satu inisiatif untuk membina gabungan sekolah-sekolah dan komuniti yang menyokong kampen untuk memperbaiki jalan di sekolah-sekolah supaya lebih selamat.

31 individu
dan
sekolah

telah sertai rangkaian ini.
Kami menjemput anda untuk sertai kami!

Individu

Sekolah

Are you a.../ Adakah anda...

Terima kasih kerana menyertai kami. Peta ini akan dikemaskinikan dalam masa 24 jam.

Tatal ke bawah untul maklumat lebih lanjut.

APAKAH RANGKAIAN JALAN SEKOLAH LEBIH SELAMAT?

Rangkaian Jalan Sekolah Selamat adalah satu inisiatif untuk membina gabungan sekolah-sekolah dan komuniti yang termasuk ibu-bapa, penjaga, guru-guru, penduduk kawasan kediaman dan komuniti yang menyokong kampen untuk memperbaiki jalan di sekolah-sekolah supaya lebih selamat.

 

Rangkaian ini menyokong langkah-langkah  menangani faktor-faktor risiko kemalangan di kawasan sekolah melalui reka bentuk jalan yang lebih berkesan dan perubahan polisi. Langkah-langkah ini telah dikenalpasti oleh  Global Road Safety Partnership dan Global Designing Cities Initiative, organisasi yang kami berkerja dengan.

 

Jalan lebih selamat yang boleh melindungi anak-anak kami, dan membina kejiranan yang harmoni boleh dilaksanakan sekarang. Bolehkan anda sertai lingkaran kami untuk melihat jalan sekolah berdekatan anda menjadi lebih selamat?

MENGAPAKAH JALAN SEKOLAH LEBIH SELAMAT DIPERLUKAN?

Sebanyak 6000 kemalangan jalan raya setiap tahun melibatkan kanak-kanak dan golongan remaja. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pada tahun 2020, kemalangan jalan raya adalah salah satu punca utama kematian di Malaysia, dan adalah punca UTAMA kematian kanak-kanak umur 0-14 tahun.

 

Menurut kajian global, kelajuan tinggi adalah punca utama kematian di jalan raya. Kanak-kanak yang dilanggar pada 60km/j ada 90% kemungkinan akan menemui kematian. Namun, memecut dan membawa kenderaan pada had yang amat laju adalah kebiasaan di zon-zon sekolah di seluruh Malaysia.

 

Langkah utama yang selalu diambil adalah untuk mendidik kanak-kanak dengan cara-cara berkelakuan di jalan raya. Kami berdepan dengan dua masalah dengan langkah ini: kajian sudah buktikan bahawa pendidikan semata-mata tidak mengurangkan kemalangan jalan raya di kawasan sekolah. Kedua, langkah ini menunjukkan kesilapan kemalangan kepada kanak-kanak yang terlibat, dan tidak menyalahkan pemandu yang membahayakan kanak-kanak dengan memecut.

 

Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan meningkatkan penguatkuasaan di zon-zon sekolah. Namun begitu, langkah sebegini menghadapi kos yang tinggi, dan tidak memberi jaminan yang pemandu akan memandu dengan selamat pada setiap masa.

 

Kami percaya bahawa ada langkah ketiga yang lebih berkesan -  dengan mereka-bentuk jalan yang menggalakkan tingkah-laku selamat di persekitaran jalan, serta menggalakkan  pemandu yang lebih selamat, pada setiap masa di semua zon sekolah di Malaysia.

BAGAIMANAKAH JALAN SEKOLAH LEBIH SELAMAT BOLEH DILAKSANAKAN?

Asset 4.png

REKA BENTUK

Kajian membuktikan bahawa reka bentuk jalan selamat yang efektif boleh menggalakkan pemandu dan tingkah-laku yang lebih selamat di kawasan sekolah.

 

Melaksanakan reka-bentuk yang berasaskan langkah-langkah untuk mengurangkan kelajuan - dari bonggol laju, lintasan yang ditinggikan, dan menyempitkan jalan, serta mencipta persekitaran sekolah yang selamat dan ceria dengan warna dan tumbuh-tumbuhan. Teknik reka bentuk komprehensif yang menggunakan deria visual dan lain-lain adalah sangat efektif  untuk  menyedarkan pemandu bahawa mereka akan memasuki kawasan pelbagai pengguna.

 

Jika anda berminat untuk membaca lenin lanjut tentang reka bentuk jalan lebih selamat, Global Designing Cities Initiative telah menerbitkan buku panduan yang ringkas, lengkap, dan percuma Designing Streets for Kids.

Asset 1.png

POLISI

Pada 15 Julai 2024, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) mengumumkan cadangan untuk mengubah polisi dan mengurangkan had laju di zon-zon  sekolah kepada 30km/j. Matlamat pengubahan polisi ini adalah untuk memastikan kawasan sekolah lebih selamat untuk kanak-kanak. Namun begitu, pengubahan polisi juga perlu dilaksanakan di samping langkah-langkah lain seperti reka bentuk jalan yang selamat dan efektif.

Asset 3.png

PENGUATKUASAAN

Selain papan tanda, penguatkuasaan juga boleh memainkan peranan penting dalam memastikan jalan selamat. Bantuan dari sekuriti sekolah, atau “lollipop man” untuk membantu kanak-kanak melintas jalan boleh memainkan peranan dalam memastikan kanak-kanak selamat di kawasan sekolah, terutamanya ketika melintas jalan.

Kamera trafik dan saman juga boleh memainkan peranan dalam menggalakkan pemangu tidak memecut.

SIAPAKAH YANG PATUT MENYERTAI RANGKAIAN JALAN SEKOLAH LEBIH SELAMAT?

Semua! Setiap individu mempunyai kaitan dengan sekolah, secara langsung atau tidak langsung. Sama ada sebagai seorang guru, ibu bapa, ahli jiran tetangga, tinggal berdekatan dengan sekolah, atau mempunyai anak buah di sekolah, atau semata-mata memahami dan menyokong kepentingan keselematan kanak-kanak - anda dijemput menyertai lingkaran kami and menyokong pergerakan ini - Lingkaran Jalan Sekolah Selamat.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYERTAI RANGKAIAN JALAN SEKOLAH LEBIH SELAMAT?

Kami terharu dengan minat anda untuk menyertai pergerakan kami, dan mengalu-alukan sokongan anda. Klik pautan di bawah, isikan maklumat anda, dan anda akan ditambahkan ke dalam peta.

CONTACT US AT hello@bikecommute.my
02 Street Users.jpg
We can come together to advocate for Safer School Streets!

Our network is open to all schools and individuals.

 

Together we advocate for safer school streets for our children and school communities.

© 2024 by Bike Commute Malaysia.
Powered and secured by Wix

bottom of page